KUALA LUMPUR 7 Ogos - Willowglen MSC Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Willowglen Services Pte Ltd, dianugerahkan kontrak bernilai kira-kira RM27.82 juta oleh Kadenko Co, Ltd, Singapura.
Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Willowglen berkata, kontrak yang diterima pada 7 Ogos 2024 itu untuk Penyediaan Sistem Kawalan Pengawasan dan Pengambilan Data serta Sistem Pemantauan dan Kawalan Rangkaian.
"Tarikh mula kontrak adalah pada 7 Ogos 2024 dan akan disiapkan pada 30 Mei 2028.
"Kontrak ini dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan dan aset bersih setiap saham untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024 hingga 2028," katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Willowglen MSC raih kontrak RM12.75 juta bagi pemasangan sistem pengesanan pencerobohan pencawang di Singapura
Menurut penyedia penyelesaian teknologi untuk industri, perniagaan dan kediaman itu, kontrak ini tidak boleh diperbaharui dan risiko yang berkaitan dengan kontrak adalah risiko perniagaan biasa.
"Tiada pengarah dan / atau pemegang saham utama Syarikat atau individu yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak baharu yang dianugerahkan ini," jelasnya. - DagangNews.com








