Uzma, MMHE jalin kerjasama sedia perkhidmatan komprehensif kepada industri minyak dan gas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Uzma, MMHE jalin kerjasama sedia perkhidmatan komprehensif kepada industri minyak dan gas

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Uzma Bhd telah bekerjasama dengan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) untuk meneroka potensi kerjasama, membangunkan rumusan inovatif dan menyediakan perkhidmatan komprehensif dalam industri minyak dan gas (O&G).

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Uzma berkata anak syarikatnya, Uzma Engineering Sdn Bhd (UESB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat MMHE, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd untuk projek tersebut.

 

Tempoh MoU itu adalah selama setahun berkuat kuasa dari 3 Julai 2023 sehingga 2 Julai 2024.

 

Jelasnya, projek-projek tersebut termasuk penukaran atau pengubahsuaian floater serta rumusan tenaga boleh diperbaharui.

 

Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama menyediakan dan mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang kompetitif untuk sebarang projek berpotensi, terpilih dan dipersetujui.

 

"Skop kerja berpotensi bagi Uzma, MMHE dan semua pihak lain yang terlibat hendaklah ditakrifkan dalam perjanjian kerjasama, perjanjian pra-bida atau mana-mana perjanjian muktamad semasa penyediaan, penyerahan dan rundingan cadangan," katanya.

 

Pada waktu penulisan, saham Uzma menokok 1 sen atau 1.6% kepada 63 sen sesaham, memberikannya modal pasaran sebanyak RM221.8 juta.  - DagangNews.com