KUALA LUMPUR 13 Mac - Bermaz Auto Bhd mencatat untung bersih sebanyak RM74.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024, lebih rendah berbanding RM92.18 juta pada tempoh sama setahun lalu.
Perolehan hasil bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24) itu berjumlah RM896.5 juta, juga lebih rendah berbanding RM1.01 bilion bagi tempoh sama setahun lalu.
"Hasil Kumpulan merosot sebanyak RM110.4 juta atau 11.0% terutamanya disebabkan oleh volum jualan yang lebih rendah yang dicatatkan untuk operasi domestik jenama Mazdanya pada suku semasa.
"Selaras dengan penurunan dalam hasil Kumpulan serta keuntungan yang lebih rendah daripada operasi Kia dan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat bersekutu, Kia Malaysia Sdn Bhd (disebabkan oleh volum pengeluaran yang lebih rendah untuk pasaran eksportnya), keuntungan Kumpulan selum cukai telah trun sebanyak RM27.8 juta atau 22.6% berbanding suku sebelumnya," katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Antara punca penurunan keuntungan daripada operasi Kia adalah disebabkan oleh aktiviti promosi yang lebih tinggi pada November dan Disember 2023)
Bermaz Auto mengisytiharkan dividen 4.25 sen sesaham yang akan dibayar pada 3 Mei 2024.
Sementara itu, kata Bermaz Auto, sektor automotif dijangka terus mencatat pertumbuhan walaupun pada kadar yang lebih perlahan disebabkan faktor sepertitekanan inflasi, ketidaktentuan dalam konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah, yang akan membawa kesan buruk kesan kepada keseluruhan ekonomi tempatan.
"Pelancaran model facelift baharu dan/atau baharu Kumpulan sedia ada dan marque kenderaan baru masih sangat bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi ketika itu.
"Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi Kumpulan akan kekal positif untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024," jelasnya.- DagangNews.com








