Pengerusi Crest Builder, Tengku Sulaiman Shah Tengku Abdul Jalil Shah meninggal dunia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pengerusi Crest Builder, Tengku Sulaiman Shah Tengku Abdul Jalil Shah meninggal dunia

KUALA LUMPUR 4 Julai - Crest Builder Holdings Bhd mengumumkan pemergian pengerusi bukan eksekutifnya, Tengku Datuk Sulaiman Shah Tengku Abdul Jalil Shah, pada usia 69 tahun pada 2 Julai lalu.

 

Tengku Sulaiman telah dilantik ke lembaga pengarah pada 26 Februari 2003 sebagai pengerusi eksekutif dan kemudiannya dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 1 Mac 2005.

 

Allahyarham mempunyai lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam industri pembinaan, percetakan, pengiklanan, penghantaran, dan produk kesihatan.

 

Pada tahun 1996, Tengku Sulaiman telah dilantik sebagai “Orang Besar Istana” dengan gelaran “Tengku Setia”.

 

Allahyarham bertanggungjawab utama dalam memastikan kelancaran mesyuarat lembaga pengarah serta hal ehwal perhubungan awam dan komunikasi kumpulan. - DagangNews.com