TIDAK ramai yang tahu di sebalik menjana kuasa elektrik, Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Kapar, Klang Selangor turut memainkan peranan penting dalam kelestarian alam sekitar membabitkan kelangsungan ekologi burung.
Setiap tahun, dari Ogos hingga April tahun berikutnya, jutaan burung berhijrah menempuh ribuan kilometer dari kawasan Artik di Rusia dan Alaska ke hemisfera selatan dan akan singgah di stesen janakuasa berkapasiti 2,200 MW untuk 'berehat' mencari makan sebelum meneruskan perhijrahan ke Australia dan New Zealand.
Apa yang menarik, kolam abu stesen janakuasa yang dikuasakan menggunakan tiga bahan api — gas, minyak dan arang batu, khususnya ketika air pasang menyediakan keperluan mencukupi kepada burung berkenaan.
]
Perhijrahan burung amat penting untuk kelangsungan ekologi spesies tersebut, terutamanya bagi mengelakkan cuaca sejuk melampau dan kekurangan makanan di kawasan pembiakan utara.
Ia membolehkan burung mendapatkan sumber makanan yang banyak, tempat perlindungan selamat, dan habitat yang sesuai untuk musim sejuk atau pembiakan
Pemantauan tahunan di bawah Banci Burung Air Asia (AWC) oleh Malaysian Nature Society (MNS) merekodkan jumlah puncak 36,692 burung air di Kapar — tertinggi pernah didokumentasikan di Malaysia.
Melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan, penyelidik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan pemuliharaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menyokong perlindungan biodiversiti serta pemuliharaan habitat.

Gambar di atas ialah Bar-tailed Godwits (Limosa lapponica).

Gambar di atas ialah Great Knot (Calidris tenuirostris) spesies burung berhijrah yang terancam dan telah direkodkan di kawasan pesisir pantai di Malaysia, termasuk di kolam abu Stesen Janakuasa Kapar.

Gambar di atas ialah Eurasian Curlews (Numenius arquata)


KEV membuktikan aset penjanaan legasi mampu wujud bersama dan memperkaya ekosistem sekeliling, selaras komitmen TNB terhadap tadbir urus alam sekitar yang bertanggungjawab seiring agenda peralihan tenaga Malaysia.








