Kem Sultan Nazrin Shah bernilai RM206 juta dirasmikan, miliki kemudahan latihan komando termoden | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kem Sultan Nazrin Shah bernilai RM206 juta dirasmikan, miliki kemudahan latihan komando termoden

Sultan Nazrin diiring Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail melihat kelengkapan 69 Komando yang dipamerkan selepas merasmikan Kem Sultan Nazrin Shah di Ulu Kinta, Perak.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 7 Julai - Markas pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kem Sultan Nazrin Shah di Ulu Kinta di sini yang dibina dengan kos melebihi RM206 juta dirasmikan hari ini.

 

Kem berkonsepkan dwifungsi itu menggabungkan pusat pentadbiran dan latihan serta dilengkapi pelbagai kemudahan moden bagi memenuhi keperluan operasi dan latihan pasukan 69 Komando.

 

Antaranya pusat latihan payung terjun, kompleks latihan pertempuran jarak dekat (CQB), lapang sasar tertutup (indoor shooting) serta lapang sasar jarak dekat dan sederhana.

 

Kem Sultan Nazrin Shah juga merupakan satu-satunya pusat latihan yang mempunyai lapang sasar terpanjang di Malaysia iaitu sejauh 1.2 kilometer.

 

Ini membolehkan pelbagai latihan tembakan dilakukan meliputi raifal, mesingan dan senjata kaliber tinggi melebihi jarak 1,000 meter.

 

Perak

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan kem tersebut yang juga miliki kemudahan latihan komando termoden.

 

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

 

Berangkat sama, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

 

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail.

 

Perak
Anggota 69 Komando mempamerkan kecekapan menembak pada jarak dekat.

 

Perak

 

Kemudahan itu digunakan secara eksklusif bagi latihan taktikal, antikeganasan dan penembak tepat (sniper) jarak jauh oleh 69 Komando.

 

Ini sekali gus memperkukuh keupayaan dan tahap kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan pelbagai operasi berisiko tinggi. 

 

Kem itu turut menempatkan kolam renang taktikal yang digunakan bagi latihan selam, sekali gus melengkapkan keperluan latihan khusus anggota pasukan berkenaan.

 

Pembinaan Kem Sultan Nazrin Shah dimulakan secara rasmi pada 30 April 2018 sebelum siap sepenuhnya pada 3 Februari 2023 

 

Perak

 

Pesawat

 

Pesawat

 

Dibina di atas kawasan seluas 338 hektar, kem tersebut telah diserahkan kepada PDRM setahun kemudian sebagai kompleks operasi, latihan dan pentadbiran yang moden serta komprehensif.

 

Pasukan 69 Komando mempunyai sejarah perjuangan yang panjang sejak penubuhannya pada tahun 1969 iaitu semasa kemuncak keganasan komunis.

 

Perak

 

Penglibatan pasukan khusus PDRM ini terbukti melalui pelbagai operasi seperti insiden Al-Maunah pada tahun 2000, Operasi Daulat di Lahad Datu pada 2013 serta penugasan khas negara berkaitan tragedi MH17 pada 2014.

 

Pasukan 69 Komando juga memainkan peranan penting dalam operasi membanteras keganasan, menyelamatkan tebusan dan menangani ancaman keselamatan berisiko tinggi. - DagangNews.com