Jualan singkat harian Ecomate Bhd digantung selepas langgar had harga | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jualan singkat harian Ecomate Bhd digantung selepas langgar had harga

KUALA LUMPUR 24 Feb – Aktiviti jualan singkat harian (IDSS) bagi Ecomate Holdings Bhd digantung serta-merta bagi baki sesi dagangan hari ini selepas kaunter tersebut melanggar had harga yang ditetapkan.

 

Bursa Malaysia dalam makluman pasaran berkata, penggantungan itu dicetuskan apabila harga terakhir didagangkan susut lebih 15% atau 15 sen daripada harga rujukan.

 

Menurut bursa itu, selaras dengan peraturan IDSS, jualan singkat bagi saham berkenaan akan diaktifkan semula pada hari dagangan berikutnya, iaitu Rabu, 25 Feb pada pukul 8.30 pagi.

 

Setakat rehat tengah hari, saham Ecomate susut 1.5 sen kepada 83.5 sen dengan sejumlah 1.45 juta saham bertukar tangan. - BERNAMA