Surat Menteri Kewangan letak jawatan adalah palsu - MOF | DagangNews Skip to main content

Surat Menteri Kewangan letak jawatan adalah palsu - MOF

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan surat yang tular kononnya mengenai peletakan jawatan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah palsu.

 

MOF menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, fokus beliau (Tengku Zafrul) kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu COVID-19.

 

"Kementerian Kewangan ingin menafikan surat perletakan jawatan YB Menteri Kewangan yang tular. 

 

"Fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam  pemulihan ekonomi negara dari belenggu COVID-19," katanya.

 

Semalam, Tengku Zafrul telah menafikan laporan yang bertanya sama ada beliau sudah meletakkan jawatan selaku Menteri Kewangan.

 

Isu berkenaan timbul selepas Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah membuat pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2021 (2022) di Dewan Rakyat, semalam.

 

Ketika Mohd Shahar membuat pembentangan, Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) meminta kepastian sama ada Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan atau belum.

 

BACA JUGA: Tengku Zafrul nafi laporan letak jawatan Menteri Kewangan

 

Tengku Zafrul menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan bahawa, beliau tidak hadir ke Dewan Rakyat kerana berlaku sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada sebelah pagi dan perkara itu sudah dimaklumkan lebih awal. - DagangNews.com