KUALA LUMPUR 26 Jun - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia akan menganjurkan jelajah Next-Generation Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel dan Ford Experience Hub di seluruh negara, mulai hujung bulan ini.
Jelajah pertama untuk Ford Experience Hub akan bermula di Ipoh Parade Mall pada 27 Jun hingga 2 Julai 2023.
Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair berkata, Ford Experience Hub menawarkan pengalaman lebih interaktif yang akan membolehkan pihaknya berhubung lebih baik dengan lebih ramai pelanggan, prospek dan pengguna secara amnya.
"Ia adalah ruang yang mana orang ramai boleh datang dan terlibat dengan jenama Ford dan keluarga kenderaan generasi seterusnya kami," katanya dalam kenyataan media di sini.
Selain daripada Next-Gen Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel, pengunjung boleh memandu uji SUV tujuh tempat duduk premium Next-Gen Everest di Ipoh Parade Mall.
Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang kenderaan Ford, menempah pandu uji, mempelajari dan memahami lebih lanjut mengenai Ford Ranger Getaways, serta melihat dan membeli barangan gaya hidup Ford yang eksklusif.
Selain itu, mereka yang membuat tempahan untuk Next-Gen Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel atau mana-mana kenderaan Ford di Ford Experience Hub, serta semua pelanggan Ranger dan Raptor yang menempah Ford Ranger Getaways mereka di sana serta menebus barangan eksklusif di tempat tersebut.

Sebanyak 300 pelanggan pertama di seluruh negara yang menempah Next-Generation Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel akan menikmati penghantaran kenderaan, perakam video digital dua saluran Kenwood, jaket Ranger Raptor yang ditempah khas dan diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways.

Semua pelanggan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Generasi Seterusnya juga boleh menggunakan kod kad keistimewaan Inner Circle mereka untuk menikmati diskaun 30% pada satu perjalanan Ford Ranger Getaways.
Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang jadual dan lokasi jelajah tersebut, lawati laman web Ford Experience Hub. - DagangNews.com








