Samaiden, MBGB jalin kerjasama strategik memperkasa inisiatif tenaga bersih di Asia Pasifik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Samaiden, MBGB jalin kerjasama strategik memperkasa inisiatif tenaga bersih di Asia Pasifik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Sept - Samaiden Group Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Meta Bright Group Bhd bagi meluaskan peluang perniagaan dan mempercepatkan pertumbuhan rumusan tenaga boleh diperbaharui, khususnya sektor perlombongan dalam rantau Asia Pasifik (APAC).

 

Kerjasama itu bertujuan mewujudkan hubungan strategik yang tertumpu pada kemajuan bersama dalam sektor tenaga bersih. 

 

Dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber unik Samaiden dan MBGB, kerjasama itu akan memperkenalkan piawaian prosedur untuk menilai aspek kewangan, teknikal dan kawal selia, yang memangkin pertumbuhan dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui dalam sektor perlombongan APAC.

 

Samaiden membawa pengetahuan dan kepakarannya yang luas dalam teknologi tenaga bersih dan perkhidmatan EPCC yang komprehensif. MBGB, sebaliknya, akan menyumbangkan pandangannya sendiri tentang teknologi tenaga bersih dan pengoptimuman sumber. 

 

Secara bersama mereka merancang untuk membangunkan projek tenaga bersih yang akan memberi perkhidmatan kepada sektor perlombongan di seluruh rantau APAC.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee berkata, kerjasama itu menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen berterusan Samaiden terhadap tenaga boleh diperbaharui. 

 

"Menggabungkan kepakaran kedua-dua Samaiden dan MBGB, kami yakin bahawa kerjasama ini akan mewujudkan landskap tenaga yang lebih kukuh dan lebih mampan di seluruh rantau APAC.

 

 

samaiden
Chow Pui Hee

 

 

Pengarah Eksekutif MBGB, Derek Phang Kiew Lim berkata, pihaknya teruja untuk menyertai perkongsian ini dengan Samaiden, salah seorang peneraju dalam ruang tenaga boleh diperbaharui. 

 

 

samaiden
Derek Phang Kiew Lim

 

 

"Kerjasama ini sejajar dengan komitmen kami terhadap penyelesaian tenaga mampan dan membuka jalan baharu untuk kedua-dua syarikat dalam pasaran tenaga bersih APAC yang berkembang pesat," katanya. - DagangNews.com