Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$113.4 bilion pada 15 April 2024 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$113.4 bilion pada 15 April 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut sedikit kepada AS$113.4 bilion pada 15 April 2024 berbanding AS$113.8 bilion pada 29 Mac lalu.

 

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$101.1 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

 

Katanya, aset bank pusat itu berjumlah RM630.93 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM536.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.54 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM50.67 bilion).

 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM192 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.26 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.3 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.1 bilion), deposit lain (RM63.65 bilion), kertas Bank Negara (RM20.70 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.62 bilion). - DagangNews.com