KUALA LUMPUR 12 Okt - - OpenSys (M) Berhad menerima kontrak bernilai RM105 juta daripada Malayan Banking Berhad bagi memproses keluar cek bagi semua cawangan bank itu di seluruh Malaysia.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh tujuh tahun bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2030.
"Kontrak tidak mempunyai peruntukan untuk pembaharuan automatik," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Kontrak tidak akan memberi kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.
Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 sehingga tamat tempoh kontrak.
Selain daripada risiko operasi biasa, Lembaga Pengarah OpenSys tidak mengetahui tentang faktor risiko lain yang mungkin timbul daripada kontrak itu. - DagangNews.com








