Lynas raih kontrak Pentagon AS$120 juta untuk projek nadir bumi AS | DagangNews Skip to main content

Lynas raih kontrak Pentagon AS$120 juta untuk projek nadir bumi AS

Kilang Lynas terletak di Gebeng, Balok di Pahang

PERTH 15 Jun - Lynas Rare Earths Australia telah menandatangani kontrak susulan AS$120 juta dengan Jabatan Pertahanan AS untuk membina kemudahan pengasingan nadir bumi berat komersial di Texas, kata firma itu pada hari Selasa.

 

Lynas ialah satu-satunya pemproses nadir bumi di dunia di luar China, dan kontrak dengan anak syarikat AS dicapai berdasarkan pembiayaan 'Fasa 1' untuk kemudahan yang diumumkan pada Julai 2020.

 

Projek itu, yang mana Pentagon menyediakan pembiayaan awal, dijangka dibina di kawasan perindustrian di Pantai Teluk Texas dan beroperasi pada tahun kewangan 2025, kata syarikat itu.

 

Lynas berhasrat untuk menggabungkan loji pengasingan nadir bumi berat dengan kemudahan pengasingan nadir bumi ringan, yang dibiayai separuh oleh pejabat Akta Pengeluaran Pertahanan, Jabatan Pertahanan AS.

 

Loji itu akan menjadi yang pertama di luar China yang mampu memisahkan nadir bumi berat, Ketua Eksekutif Amanda Lacaze memberitahu Reuters dalam satu temu bual.

 

"Dan itulah sebabnya ini adalah satu langkah penting," katanya.

 

Amanda Lacaze
                                               Amanda Lacaze

 

Lynas melombong nadir bumi di Australia Barat dan menghantar bahan tersebut ke Malaysia, di mana ia menghasilkan oksida nadir bumi.

 

Matlamat syarikat untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 50% menjelang 2025, bagaimanapun tidak akan mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat, kata Lacaze.

 

"Pertumbuhan pesat dalam pasaran, terutamanya sejak 12 bulan lalu, memberitahu kami bahawa kami perlu mempercepatkan rancangan itu," katanya mengenai sasaran yang ditetapkan syarikat itu sendiri pada 2019.

 

Selepas bekalan terganggu oleh pandemik COVID-19, minat dari negara Barat, Jepun, Kesatuan Eropah dan lain-lain telah berkembang kerana mereka menyedari risiko bergantung kepada China sebagai satu-satunya sumber bekalan mereka.

 

"Isu di sini bukanlah sama ada China atau bukan China... cuma rantaian bekalan tunggal bermasalah, terutamanya di kawasan di mana anda mempunyai pertumbuhan pesat dan anda mempunyai bahan yang penting untuk kejayaan, "kata Lacaz.

 

"Kami pastinya sangat terlibat dengan kerajaan yang mengambil berat tentang keselamatan rantaian bekalan, dan kami akan terus berbuat demikian". - DagangNews.com