Lexus RX 500H F Sport 2023 dipasarkan di Malaysia, harga bermula RM498,888 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lexus RX 500H F Sport 2023 dipasarkan di Malaysia, harga bermula RM498,888

Oleh JOHARDY IBRAHIM

SUSULAN pengenalan model Lexus RX 350 Luxury generasi kelima untuk pasaran Malaysia pada Mei lalu, Lexus Malaysia kini mengumumkan pula ketibaan Lexus RX 500h F SPORT 2023 untuk pasaran tempatan.

 

Varian terbaharu ini menjadi penawaran tambahan yang penting bagi jenama Lexus di sini, menuju ke arah penawaran sistem janaan bersih dan hijau yang lebih meluas pada masa hadapan.

 

Varian hibrid terbaharu bagi Lexus RX ini mempertemukan keanjalan, praktikaliti serta kemampuan off-road sebuah SUV dengan pengendalian, prestasi, kehalusan dan keselesaan sebuah sedan premium, dengan kelebihan sistem janaan hibrid yang lebih cekap.

 

Model yang dinanti-nantikan itu menjadi penerus kepada warisan yang telah menjadikan RX begitu berjaya, dan kini tampil pula dengan teknologi serta rekaan segar untuk mengunjurkan lagi sempadan tarikan dan penawarannya.

 

Untuk pasaran tempatan, Lexus Malaysia menawarkan Lexus RX 500h F SPORT 2023 dalam empat warna luaran — White Nova Glass, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake dan Sonic Copper.


 

lexus

 


Lexus RX 500h F SPORT datang dengan perlindungan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, sementara Hybrid Battery Pack diberikan jaminan lapan-tahun tanpa had perbatuan, dan boleh dilanjutkan bagi tempoh dua tahun lagi sebagai pilihan. Tempahan akan dibuka pada 18 Ogos 2023 dengan harga bermula dari RM498,888. 

 

“Ketibaan Lexus RX 500h F SPORT di Malaysia akan memperkukuhkan hasrat Lexus Malaysia untuk meningkatkan lagi pengalaman pemanduan pelanggan di sini menuju masa depan yang lebih bersih dan neutral karbon,” jelas Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K. “Melalui teknologi maju, kami telah mencapai puncak kecanggihan automotif dengan menawarkan prestasi dan keseronokan memandu sekaligus dengan RX 500h F SPORT,” tambah beliau.

 

Pengenalan Lexus RX 500h F SPORT 2023 adalah selari dengan matlamat penawaran produk syarikat ini untuk mengurangkan dengan kadar yang banyak pembebasan karbon dan dalam masa yang sama memberikan pelanggan sebuah penyelesaian untuk praktikaliti perjalanan jauh dan kelegaan fikiran. Peralihan ke arah elektrifikasi melalui teknologi hibrid ini akan diteruskan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang tetap inginkan keseronokan memandu tetapi tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada bahan api fosil.

 

Prestasi hibrid elektrik

Varian baharu ini direka melalui pengalaman panjang Lexus dalam membangunkan teknologi hibrid elektrik. LexusLexus RXRX 500h500h FF SPORTSPORT 20232023 memanfaatkan sistem hibrid baharu yang terdiri daripada enjin tork tinggi 2.4-liter turbo yang digandingkan bersama sebuah motor elektrik.

 

Model ini juga dilengkapi dengan unit bersepadu eAxle dengan sebuah lagi motor elektrik janaan tinggi, inverter dan kotak gear reduction.


 

lexus

 


Sistem pacuan maju ini kemudiannya digandingkan pula dengan transmisi automatik enam-kelajuan, yang menghasilkan 202 kW kuasa dan 460 Nm tork secara keseluruhannya. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui kawalan DIRECT4, sebuah teknologi pacuan eksklusif baharu Lexus.

 

Teknologi baharu Lexus yang mengagumkan ini menyediakan prestasi pacuan semua roda pintar dengan menggabungkan kuasa elektrik dan inverter untuk sentiasa mengimbangi penyampaian tork antara roda depan dan belakang dengan lebih laju dan ketepatan berbanding apa yang mampu dilakukan oleh sistem mekanikal. Sistem berkenaan juga memberi keutamaan kepada kuasa elektrik berbanding pembakaran enjin walaupun ketika kereta ini sedang dikerah kuasanya, menjadikan prestasinya lancar, halus dan dinamik.

 

Untuk memberikan lebih rasa dinamik dan sporty kepada LexusLexus RXRX 500h500h FF SPORTSPORT ini, rekaan suspensi baharu diperkenalkan, dengan menggunakan sistem Dynamic Rear Steering (DRS) yang mana bahagian belakangnya dilaraskan mengikut tahap dengan roda depan untuk memberikan kestabilan dan keyakinan. Sementara itu, ketika dalam kelajuan rendah pula mereka bertentang dari pendekatan tersebut untuk menjadikan belokan ke dalam selekoh dan ruang sempit lebih mudah untuk kesenangan pemandu.

 

Rekaan masa hadapan

Menawan dari segenap sudut, LexusLexus RXRX 500h500h FF SPORTSPORT menampilkan rekaan yang ekspresif seperti yang dilihat pada rekaan spindle grille yang diapit oleh rekaan lampu utama yang nampak mewah. Ia serasi dengan penampilan yang dihasratkan, serta menonjolkan lagi profil dengan imej yang sasa dan halus sekaligus. Lencana Lexus serba baharu dan bilah lampu belakang LED pula menyerlahkan lagi kemewahan SUV ini.

 

Lexus RX 500h F SPORT dilengkapi rim 21-inci aloi ringan dengan penyudah hitam kesat dan datang bersama profil tayar eksklusif 235/50R21. Ini memberikan keselesaan yang sangat baik di dalam kabin, begitu juga dengan kesenyapan dan cengkaman di permukaan jalan yang memang sudah sangat sinonim dengan jenama Lexus.


 

lexus

 


Lexus RX 500h F SPORT 2023 menggunakan platform GA-K (Global Architecture – K), yang memberikan ketahanan lebih baik untuk kelebihan keselesaan, maklumbalas serta kelincahan yang dapat dirasakan ketika memandu. Jurutera Lexus juga telah mengurangkan berat keseluruhan kereta ini melalui kaedah pemasangan yang inovatif dan memanfaatkan aluminium di bahagian sayap depan, serta memperbaiki agihan berat depan/belakangnya dengan lebih baik juga tanpa berkompromi dengan keselamatan.

 

Satu daripada manfaat utama platform GA-K ini adalah ia membolehkan tetapan jarak antara roda dan jejak tanah yang lebih untuk rekaan badan kenderaan yang mengggunakannya, membolehkan ruang kabin yang luas selayaknya sebuah SUV dicapai untuk Lexus RX 500h F SPORT ini.

 

Diserlahkan lagi oleh rekaan dalaman dengan pendekatan dan konsep Tazuna dan Omotenashi, LexusLexus RXRX 500h500h FF SPORTSPORT 20232023 menampilkan ruang kabin mewah yang akan membuatkan pemandu dan penumpang terhubung secara emosi dengan kenderaan ini, dengan semua butang kawalan berada dalam capaian mudah.


Ciri-ciri menyerlah

Lexus RX 500h F SPORT memanfaatkan rekaan dengan perincian unik yang membezakannya daripada barisan model RX yang lain. Ini termasuk tempat duduk yang diperbuat daripada Ultrasuede™, balutan kerusi eksklusif daripada bahan mentah tumbuh-tumbuhan.


 

lexus

 


Mesra alam dan mewah, Ultrasuede™ turut menawarkan rasa yang puas dan tahan lasak sebagai kelebihannya. Kenderaan ini juga dilengkapi kemasan Dark Spin Aluminium, yang memanfaatkan penyudah dengan kesan rasa dan visual berkilau yang menyeluruh bagi panel instrumennya.

 

Untuk memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan, Lexus RX 500h F SPORT menggunakan sistem bunyi Mark Levinson yang mengeluarkan bunyi berkualiti hi-fi melalui 21 pembesar suara dan subwoofer-nya.

 

Dari segi keselamatan pula, Lexus RX 500h F SPORT lengkap dengan Lexus Safety System+, yang menampilkan ciri seperti sistem amaran pra-perlanggaran yang dicipta untuk memaklumkan pemandu dan mengambil langkah pencegahan aktif bagi berhadapan dengan situasi pemanduan seharian.

 

Lexus RX 500h F SPORT juga datang dengan sistem bukaan pintu elektronik e-Latch, sebuah sistem elektronik yang menggantikan pemegang pintu sebelah dalam dengan suis tekan yang berada di sisi perehat lengan di panel pintu untuk capaian lebih mudah bagi urusan keluar-masuk kenderaan.


 

lexus

 


Dengan menggunakan 12 sensor ultrasonik dan empat kamera, sistem Teammate Advance Park dari Lexus menjadikan urusan meletak kenderaan lebih senang. Tidak hanya memaklumkan pemandu jika ada objek berdekatan, ia juga boleh mengendalikan stereng secara automatik, operasi penukaran serta membrek untuk memudahkan lagi parkir di tempat sempit. - DagangNews.com