Sudahkah kita benar-benar MERDEKA dari sudut pengurusan harta pusaka? | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sudahkah kita benar-benar MERDEKA dari sudut pengurusan harta pusaka?

Oleh ARIFFIN SABIRIN

Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-68 pada 31 Ogos yang lepas. Sebagai rakyat kita semua berbangga menjadi bangsa yang merdeka daripada penjajahan. Hari ini kita mengenang jasa-jasa pahlawan yang telah berkorban nyawa untuk  kita. Kita berbangga dengan pencapaian dan kemajuan yang telah dinikmati selama ini.  

 

Namun saya ingin membawa para pembaca merenung adakah 31 Ogos ini juga membawa makna kita benar-benar sudah merdeka dari sudut pengurusan harta pusaka? Atau kita masih lagi terbelenggu dengan urusan ini? Apa yang saya maksudkan dengan merdeka dari konteks ini? 

 

1. Merdeka daripada perbalahan waris kerana harta pusaka

Pengalaman 27 tahun saya dan pengalaman 21 tahun Wasiyyah di dalam industri perancangan harta secara Syariah menunjukkan bahawa belenggu terbesar kepada pengurusan harta pusaka di Malaysia ialah perbalahan waris-waris.

 

Semakin lama semakin banyak kes harta pusaka yang diperbalahkan sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk diselesaikan.

 

Walaupun di pengakhiran kes ini ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah, namun kesan daripada perbalahan ini ialah hubungan silaturrahim di antara waris-waris itu telahpun musnah.   

 

 

Wasiyyah

 


Masih ramai di antara orang Islam di Malaysia yang belum merdeka fikiran mereka daripada konteks ini. Mereka masih berkefahaman bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana waris-waris mereka akan pasti berkompromi dan berpakat dengan baik di dalam urusan harta pusaka kerana mereka sebagai ibubapa telah memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak.  

 

Selama 27 tahun saya melihat lanskap industri ini berubah di hadapan mata saya. Dari pemerhatian saya, kes-kes harta pusaka semakin lama semakin banyak yang diperbalahkan (bukan semakin sedikit). Ini kerana setiap orang waris itu berbeza latar pendidikan dan sosio-ekonominya.

 

Harta pusaka yang ditinggalkan itu pula ibarat ‘bonus’ yang jatuh ke riba mereka tanpa perlu mereka usahakan. Ditambah dengan faktor orang ketiga, kebarangkalian waris-waris akan berbalah ‘tooth and nails’ (berbalah besar) itu sentiasa wujud.  

 

Wasiyyah membantu umat Islam merdeka dari konteks ini dengan cara menawarkan kaedah perancangan harta secara Syariah yang berkesan melalui lebih daripada 42 rumusan pewarisan harta kami.

 

Setiap harta itu seperti hartanah (bercagar atau tidak bercagar), saham koperasi, barang kemas (jewelleries), barang berharga (valuables), saham perniagaan, Akaun CDS Bursa Malaysia, kenderaan, saham amanah, akaun bersama di bank, akaun pelaburan emas, pelaburan private equity dan private mandate boleh dirancang pewarisannya secara objektif dan berkesan.  

 

Rekod prestasi 21 tahun Wasiyyah membuktikan keberkesanan perkhidmatan kami. Hasrat pemilik harta untuk membahagikan hartanya kepada sesiapa yang dihajati mengikut dokumen-dokumen yang telah disediakan akan tercapai. Perbalahan waris juga dapat diminimumkan kerana pembahagian itu telah dibuat dengan jelas semasa hidupnya pemilik harta.  

 

 

Wasiyyah

 

 

Peranan Wasiyyah memediasi waris-waris juga membantu mereka memahami keseluruhan proses dengan lebih baik dan meminimumkan risiko perbalahan.

 

Lebih 100,000 orang Islam seluruh Malaysia yang telah merancang harta mereka di Wasiyyah dan insya-Allah telah pun ‘merdeka’ kerana waris-waris akan terlepas daripada risiko perbalahan selepas kematian mereka.   

  

2. Merdeka daripada waris terbeban dengan proses harta pusaka yang rumit 

Apabila berlaku kematian, waris-waris akan berhadapan dengan bebanan untuk melalui proses pengurusan harta pusaka yang rumit. Waris-waris perlu memahami secara mendalam proses undang-undang Sivil dan Syariah yang terlibat. Ia bukanlah satu perkara yang mudah bagi orang awam. Kerumitan ini ditambah pula dengan pengenalan undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada.  

 

 

Wasiyyah

 

 

Wasiyyah membantu memerdekakan waris-waris daripada proses yang rumit ini. Kepada waris-waris pelanggan kami, apabila berlaku kematian, Wasiyyah akan hadir bertemu waris di rumah atau mana-mana lokasi yang dikehendaki sama ada secara fizikal atau secara atas talian melalui persidangan video’.  

 

Kesemua proses perundangan yang terlibat akan diterangkan secara terperinci dan telus. Apabila waris-waris telah faham, Wasiyyah akan membantu menyediakan semua dokumentasi perundangan yang diperlukan untuk permohonan harta pusaka di semua agensi yang terlibat.  

 

Waris-waris tidak perlu pening kepala memikirkan apa borang yang perlu diisi dan ke mana harus ditujui. Waris-waris teruskanlah menjalani  kehidupan seperti biasa. Waris-waris hanya perlu hadir di dalam perbicaraan apabila dipanggil oleh pihak berkenaan. Proses perbicaraan ini juga akan dihadiri oleh pegawai-pegawai undang-undang Wasiyyah bagi memberi bimbingan.  

 

Selepas selesai perbicaraan Wasiyyah juga akan memberi bimbingan kepada waris-waris bagaimana proses pendaftaran dan tuntutan harta pusaka berkenaan akan dibuat. Dalam erti kata lain, waris-waris akan merdeka daripada kepeningan memikirkan proses harta pusaka yang rumit ini.  

 

3. Merdeka daripada waris terbeban dengan fi pengurusan pusaka yang mahal  

Oleh kerana proses pengurusan harta pusaka itu rumit dan panjang, maka fi pengurusan pusaka yang akan dikenakan oleh pihak profesional juga tidak murah.

 

Kebiasaannya fi ini ialah beberapa ribu ringgit atau beberapa peratus daripada nilai harta pusaka yang dituntut. Adalah satu perkara yang normal fi sebanyak 0.5% sehingga 5% daripada nilai harta pusaka kasar (nilai harta pusaka sebelum ditolak apa-apa hutang simati) dikenakan ke atas harta pusaka (fi ditolak daripada harta pusaka) itu atau perlu dibayar sendiri oleh waris-waris.  

 

Fi ini tidak termasuk lagi dengan fi-fi rampaian lain seperti fi buka fail, fi carian hartanah, fi guaman, fi perjalanan dan fi-fi yang lain yang berkaitan dengan kos yang perlu dikeluarkan bagi tujuan tuntutan harta pusaka itu.  

 

Wasiyyah memahami bahawa fi pengurusan pusaka ini dalam banyak keadaan amat membebankan bagi waris-waris. Sudahlah mereka berada di dalam keadaan sedih kerana kematian orang yang disayangi, kini mereka ditinggalkan pula dengan beban kewangan untuk menuntut harta pusaka simati.  

 

Keadaan ini akan lebih menekan jika harta pusaka yang ditinggalkan itu bernilai jutaan RM sedangkan waris-warisnya tidak berkemampuan dari segi kewangan, waris bawah umur (kanak-kanak) atau balu suri rumahtangga sepenuh masa tanpa pendapatan.  

 

 

Wasiyyah

 

 

Atas sebab itu Wasiyyah memperkenalkan perkhidmatan Al-Wasitah dan Hibah Komprehensif di mana segala fi-fi yang dinyatakan di atas ditanggung melalui satu tabung tabarru’ melalui konsep ta’awun (tolong-menolong). Melalui perkhidmatan ini, waris-waris tidak perlu membayar apa-apa fi bagi proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah dan proses tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.  

 

Harta pusaka akan diterima 100% oleh waris-waris tanpa apa-apa potongan fi dan tiada apa-apa fi perlu dibayar oleh waris-waris bagi tujuan ini. Perkhidmatan ini amat mendapat sambutan di kalangan pelanggan-pelanggan kami yang sangat prihatin dengan nasib waris-waris selepas kematian mereka.  

 

Melalui perkhidmatan ini Wasiyyah telah memerdekakan waris-waris daripada bebanan kewangan yang berat ini. Untuk pengetahuan para pembaca, Wasiyyah merupakan syarikat amanah patuh Syariah pertama di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan seumpama ini. 

 

Apabila bercakap tentang merdeka tahun ini, apa kata kita merenung sedalam-dalamnya keadaan diri kita sendiri dan bertanya soalan ini, “Adakah kita benar-benar telah merdeka dalam konteks harta pusaka?” - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd