Bolehkah pengurusan harta pusaka dibuat secara percuma, tanpa fi kepada waris? | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bolehkah pengurusan harta pusaka dibuat secara percuma, tanpa fi kepada waris?

Oleh ARIFFIN SABIRIN

"Betulkah pengurusan harta pusaka boleh dibuat secara PERCUMA tanpa sebarang fi dikenakan kepada waris atau ditolak daripada harta pusaka?"

 

Ini soalan paling kerap ditanya kepada saya semenjak berbelas tahun yang lepas.

 

Untuk pengetahuan para pembaca, Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang dapat membantu waris-waris melalui proses perundangan tuntutan harta pusaka tanpa mengenakan sebarang fi perkhidmatan kepada waris-waris dan harta pusaka juga akan diterima oleh waris 100% mengikut nilainya tanpa sebarang potongan.

 

Di dalam keadaan tertentu, fi-fi yang biasa terlibat untuk urusan harta pusaka seperti fi carian juga tidak perlu dibayar waris.

 

Di dalam satu sesi moreh, saya bercerita tentang kaedah pengurusan harta pusaka unik yang telah dibangunkan di Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak 20 tahun yang lepas iaitu perkhidmatan pengurusan harta pusaka TANPA FI KEPADA WARIS.

 

“Kalau nak buat carian bukankah kena bayar fi carian kat pejabat tanah? Itu pun waris tak perlu bayar? Bagaimana Wasiyyah Shoppe Berhad buat sehingga fi ini pun tak perlu dibayar waris?” Tanya seorang sahabat penuh kehairanan.

 

“Kalau kes-kes pusaka yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil (bagi kes harta pusaka bernilai lebih daripada RM5 juta), bukankah kena guna perkhidmatan peguam? Fi guaman pun waris-waris tak perlu bayar?,” tanya seorang sahabat yang lain.

 

“Menakjubkan jika betul waris tidak perlu membayar fi perkhidmatan untuk kerja-kerja yang Wasiyyah Shoppe Berhad lakukan untuk urus pusaka ini,” tambah seorang sahabat lain.

 

Ya, saya tegaskan bahawa di Malaysia hanya Wasiyyah Shoppe Berhad sahaja yang memiliki perkhidmatan seumpama ini.

 

Kami telah bertungkus-lumus membangun dan melaksanakan formula perniagaan ini semenjak sekian lama. Dari semasa ke semasa, kami sentiasa mengemaskini dan memperbaiki perkhidmatan ini berdasarkan perkembangan undang-undang semasa.

 

Ia unik dan idea yang asal (original) daripada kami sendiri. Bagaimana saya tahu ? Saya tahu kerana sayalah orang yang mencetuskan idea ini.

 

Saya tidak meniru konsep ini daripada mana-mana pemain pasaran kerana tiada sesiapa pun tahu bagaimana nak uruskan harta pusaka secara PERCUMA ketika itu (malah sehingga ke hari ini pun ramai yang masih tidak tahu kaedahnya!).

 

Prinsip Blue Ocean Strategy yang saya pelajari daripada pencetusnya iaitu Prof Chan Kim daripada Harvard University digunakan sepenuhnya bagi tujuan ini. 

 

APAKAH FI YANG PERLU DITANGGUNG WARIS ?

 

  1. Fi pertama : fi buka fail

Sebelum apa-apa prosiding pengurusan harta pusaka dimulakan oleh pihak profesional ketiga, mereka akan memerlukan waris untuk membayar FI BUKA FAIL. Jumlah fi ini kebiasaannya bermula daripada beberapa ratus sehingga beribu ringgit. Ini ialah kos awal yang mesti dikeluarkan oleh waris. Bagaimana pula jika waris-waris tidak berkemampuan membayar fi awal ini? Itulah yang menyebabkan mereka menangguhkan proses ini.

 

Ramai pula yang bertanya kenapa pula pihak profesional ketiga mengenakan fi buka fail ini. Bukankah ia menyusahkan waris terutamanya jika waris itu tiada sumber pendapatan dan tidak mampu membayar?

 

Ini adalah amalan biasa di dalam pasaran. Baik syarikat amanah mahupun peguam memang akan memerlukan fi buka fail ini dibayar kerana mahukan komitmen bahawa waris benar-benar serius untuk menguruskan harta pusaka. Ada kos-kos awalan yang perlu dibuat oleh pihak ini seperti fi rundingan, fi carian, fi perjalanan dan lain-lain.

 

Jika fi ini mahu dituntut melalui harta pusaka, kes itu mungkin berjalan bertahun lamanya. Siapa yang akan menanggung fi-fi yang saya sebutkan di atas di sepanjang proses ini berjalan. Takkanlah pula peguam dan syarikat amanah yang terpaksa mengeluarkan fi-fi ini daripada poket mereka sendiri?

 

Namun saya akui memang ada saya temui kes-kes terpencil di mana peguam ataupun syarikat amanah ‘waive’ atau melepaskan waris dari membayar fi buka fail ini jika mereka berpuas hati bahawa waris memang tidak mampu membayar. Namun dalam keadaan biasa, waris memang perlu bersedia beberapa ribu ringgit untuk membayar fi buka fail ini.

 

  1. Fi pengurusan harta pusaka

Selepas fi-fi awalan di atas diselesaikan, barulah proses pengurusan harta pusaka itu berjalan. Pihak profesional ketiga perlu menyediakan segala dokumentasi untuk diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Sivil (bagi kes harta pusaka bernilai melebihi RM5 juta) atau Pejabat Pusaka Kecil (bagi kes harta pusaka bernilai kurang daripada RM5 juta). Selesai proses di agensi-agensi ini barulah Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian selesai.

 

Seterusnya waris-waris perlu melalui pula proses menurun milik harta pusaka ini kepada nama seperti di dalam kedua-dua surat perintah tersebut sama ada di organisasi seperti bank, koperasi, pejabat tanah, ASNB, Lembaga Tabung Haji dan lain-lain. Jika syarikat amanah dilantik sebagai Wasi, maka merekalah yang perlu melalui proses turun milik ini.

 

Untuk semua tugas yang dilalui di atas pula, akan dikenakan fi yang kedua iaitu fi pengurusan harta pusaka. Fi ini biasanya perlu dibayar oleh waris daripada poket mereka sendiri ATAU fi ini akan dipotong daripada nilai harta pusaka (jika syarikat amanah ialah wasi kepada kes tersebut).

 

Kebiasaanya fi ini bernilai beberapa ribu ringgit sehingga beberapa peratus daripada nilai kasar harta pusaka. Saya pernah bertemu kes di mana nilai harta pusaka hanyalah sekitar RM250,000 sahaja namun fi yang dikenakan sehingga RM50,000 iaitu mencecah 20% daripada nilai harta pusaka ! Ini kerana waris tidak mampu membayar apa-apa fi pun dan kerana itu kesemua fi-fi ditolak daripada harta pusaka.

 

AL-WASITAH PENYELESAIAN MASALAH FI PENGURUSAN PUSAKA

Masalah bebanan kewangan inilah yang menjadi kunci utama kepada pembangunan perkhidmatan kami yang dinamakan AL-WASITAH atau perantara. Wasiyyah Shoppe Berhad tidak mahu waris terbeban dari sudut kewangan bagi urusan harta pusaka.

 

Pelanggan kami boleh melanggan perkhidmatan ini dengan bayaran serendah RM65 sahaja sebulan sehingga ke tempoh 15 tahun. Sebahagian daripada bayaran ini akan dikreditkan ke dalam satu akaun tabarru’ yang disumbangkan juga oleh semua pelanggan.

 

Akaun tabarru’ ini adalah akaun amanah yang dipegang oleh Wasiyyah Shoppe Berhad bagi pihak pelanggannya bagi tujuan pengurusan harta pusaka. Ia tidak menjadi aset atau pendapatan syarikat sebaliknya diisytihar sebagai liabiliti (tanggungan) di dalam ‘balance sheet’ kami.

 

Akaun ini juga diaudit secara berasingan daripada akaun syarikat dan dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Amanah dan Pelaburan syarikat yang diterajui oleh pengarah bebas bukan eksekutif yang mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan penggunaan akaun tabarru’ ini.

 

Di dalam kontrak, telah diakadkan secara bersama oleh semua pelanggan dan Wasiyyah Shoppe Berhad bahawa akaun tabarru’ ini akan digunakan untuk menampung fi pengurusan harta pusaka mana-mana pelanggan yang meninggal dunia.

 

Sekiranya pelanggan meninggal dunia sebelum tempoh 15 tahun, dia hanya perlu membayar setakat hayatnya sahaja namun warisnya akan mendapat manfaat akaun tabarru’ bagi menampung fi di atas. Sekiranya dia meninggal dunia selepas tempoh 15 tahun pula, walaupun dia sudah tidak lagi membayar, warisnya juga akan menikmati manfaat pengurusan pusaka tersebut.

 

Kaedah pengurusan ini adalah patuh Syariah sepenuhnya dan telah diluluskan oleh Panel Syariah kami yang terdiri daripada pakar-pakar Syariah berpengalaman. Melalui kaedah inovatif ini, waris-waris pelanggan AL-WASITAH kami tidak perlu membayar sebarang fi perkhidmatan kami. Wasiyyah Shoppe Berhad akan menggunakan tabung akaun tabarru’ ini untuk tujuan menampung fi perkhidmatan kami. Unik, kan?

 

Dapatkanlah manfaat AL-WASITAH hari ini supaya waris-waris anda tidak terbeban dengan fi-fi berkaitan urusan harta pusaka ini.

 

“Lebih baik kamu tinggalkan waris kamu dalam keadaan senang daripada meninggalkan mereka dalam keadaan susah meminta-minta dari orang lain,” pesan Rasulullah SAW.   - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd