KUALA LUMPUR 3 Okt - J&S Group, peruncit pelancongan terkemuka di Lapangan Terbang Subang, menjalin kerjasama eksklusif dengan China UnionPay (CUP) dengan menawarkan faedah yang tiada tandingan untuk pemegang kad CUP.
Bermula dari 27 September hingga 15 Oktober ini, promosi eksklusif itu melayakkan pemegang kad CUP meraih pulangan tunai sebanyak 25% bagi pembelian RM7,500 atau lebih dalam satu resit.
Pengarah Urusan J&S, Suraj Menon berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan China UnionPay bagi menawarkan promosi tersebut.
"Melalui tawaran kami, pemegang kad CUP berpeluang mendapat manfaat daripada penjimatan pulangan tunai yang luar biasa.
"Selain itu, penjimatan nilai tambah ini membolehkan mereka membeli produk runcit perjalanan terkini yang baru dilancarkan di seluruh dunia.
"Dengan memanfaatkan tawaran ini, pemegang kad boleh menjimatkan sehingga 50-55% berbanding dengan membeli produk yang sama di pusat bandar China," katanya dalam kenyataan di sini.
Sebagai bonus tambahan, pemegang kad berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah seperti wangian mewah, jam tangan Longines dan Tissot, beg Samsonite dan banyak lagi.

Untuk menggalakkan pelancong dari China memanfaatkan peluang yang menakjubkan ini, J&S bekerjasama dengan operator dan konduktor pelancongan untuk menyelaraskan lawatan ke lapangan terbang tersebut sepanjang tempoh promosi ini.
Operator dan konduktor pelancongan ini akan memasukkan Lapangan Terbang Subang sebagai perhentian dalam jadual perjalanan mereka, memastikan peserta dapat menikmati keistimewaan membeli-belah eksklusif yang disesuaikan khusus untuk mereka.

Kerjasama strategik J&S dengan CUP adalah sejajar dengan rancangan pembangunan semula kerajaan untuk terminal itu sebagai sebahagian daripada Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP).
Inisiatif pembangunan semula itu mempunyai potensi untuk menampung sehingga lapan juta penumpang setiap tahun dan memenuhi pasaran penumpang perniagaan khusus, yang akhirnya memberikan hasil faedah yang signifikan kepada peruncit di terminal tersebut. - DagangNews.com








