HSBC lancar perkhidmatan Premier Elite perkukuh rangkaian pelanggan mewah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

HSBC lancar perkhidmatan Premier Elite perkukuh rangkaian pelanggan mewah

(Dari kiri) Linda Yip, Datuk Omar Siddiq dan Ketua Kekayaan dan Perbankan Peribadi HSBC Asia Selatan, Kai Zhang ketika pelancaran HSBC Premier Elite di ibu negara pada 7 Mac 2024.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Mac - HSBC melancarkan Premier Elite, perkhidmatan yang dipertingkatkan untuk individu bernilai tinggi, yang mana menekankan tumpuan HSBC untuk mengukuhkan rangkaian keupayaannya untuk pelanggan mewah di samping mengembangkan perniagaan kekayaannya di negara ini.

 

Bank itu berkata, dengan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan perbankan kepada pelanggan bernilai tinggi, Premier Elite menawarkan pelaburan berstruktur, perkhidmatan bon khusus, pemeliharaan kekayaan dan warisan.

 

Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan perbankan antarabangsa, perkhidmatan tetamu Elite yang ditawarkan rakan kongsi HSBC merangkumi bantuan perubatan global, penyajian global dan keistimewaan perjalanan serta sokongan khidmat nasihat cukai antarabangsa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Bhd, Datuk Omar Siddiq berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus meningkat pada 2024. 

 

Katanya, ia didorong oleh langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan memangkin aliran pelaburan langsung tempatan yang bertambah baik, seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu. 

 

"Usaha ini akan memberi manfaat kepada ekonomi, dan seterusnya, memperkukuh naratif kekayaan Malaysia di samping turut menyokong peralihan negara kepada negara berpendapatan tinggi," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut Omar, sebagai sebuah bank antarabangsa terkemuka yang beroperasi selama 140 tahun di Malaysia, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyokong keperluan pelanggan untuk terus membuka peluang kepada seluruh dunia untuk mereka. 

 

 

HSBC

 

 

"Perkhidmatan Premier Elite kami adalah sejajar dengan komitmen HSBC untuk terus mengukuhkan penawaran kami untuk memenuhi keperluan dan aspirasi segmen kekayaan Malaysia yang semakin berkembang di samping mengembangkan perniagaan kekayaan kami di negara ini," katanya.

 

Ketua Peringkat Negara, Kekayaan dan Perbankan Peribadi HSBC Malaysia, Linda Yip pula berkata, paradigma kekayaan di Malaysia telah berubah dengan pelanggan mewah kini merangkumi rangkaian generasi dan persona yang lebih luas, dengan keperluan dan aspirasi yang semakin canggih.

 

"Premier Elite mempunyai sesuatu untuk semua orang, memenuhi keperluan mereka merentasi pelbagai peringkat kehidupan mereka dan dirumus dengan ketelitian untuk menyediakan kekayaan, gaya hidup serta perkhidmatan kesihatan menyeluruh dan keistimewaan kepada pelanggan kami yang bernilai tinggi," katanya.

 

Sempena pelancaran tersebut, pelanggan HSBC Premier Elite akan menikmati 8% setahun ke atas deposit 3 bulan mereka dengan melabur atau membeli pelan insurans dengan HSBC.

 

Pelanggan dan akan memperoleh edisi terhad Wang Kertas Emas Tulen 999.9 apabila mereka menyimpan sekurang�kurangnya RM3 juta dalam pelaburan dan/atau insurans/takaful. - DagangNews.com