Econpile dijangka raih lebih banyak projek dalam tempoh 2 tahun termasuk lebuh raya SKL, MRT3 | DagangNews Skip to main content

Econpile dijangka raih lebih banyak projek dalam tempoh 2 tahun termasuk lebuh raya SKL, MRT3

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Mac - Econpile Holdings Bhd dijangka meraih lebih banyak projek dalam tempoh dua tahun termasuk projek mega seperti lebuh raya bertingkat Sungai Klang Link (SKL) dan Transit Aliran Massa 3 (MRT3).

 

Katanya, potensi peningkatan dalam sektor pembinaan, firma penyelidikan itu menjangkakan kumpulan itu akan mendapat projek tambahan selain memanfaatkan kedudukannya dalam projek berkaitan kereta api.

 

Difahamkan, projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang berkemungkinan menawarkan kerja-kerja cerucuk bernilai antara RM200 juta hingga RM300 juta.

 

Mengenai projek SKL, pihak pengurusan menyasarkan untuk mendapatkan surat hasrat (LOI) pada pertengahan tahun ini, dengan pemberian kontrak sebenar akan berlaku selepas itu.

 

"Kerja-kerja cerucuk dan substruktur dijangka membentuk 10% hingga 15% daripada jumlah kos pembinaan sebanyak RM10 bilion untuk projek sepanjang 53km itu.

 

"Kami menaikkan unjuran pendapatan FY25 hingga FY26 antara 11% hingg 18% selepas mengambil kira kadar penambahan kerja yang lebih tinggi sebanyak RM800 juta dan RM600 juta  berbanding RM450 juga bagi kedua-duanya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu memiliki buku tender sebanyak RM1 bilion dengan 70% diperuntukkan kepada sektor swasta manakala selebihnya bagi pekerjaan infrastruktur dan perindustrian.

 

"Ini merangkumi projek perumahan mampu milik di Johor, perojek pembangunan komersial, projek pusat data, pembinaan janatab di Pahang, projek berkaitan elektrik dan elektronik (E&E) di Kedah serta dua projek di Kemboja bernilai RM10 juta setiap satu.

 

"Melangkah ke hadapan, Econpile merancang untuk mencari tender yang menawarkan margin yang lebih tinggi bagi mengimbangi risiko berkaitan peningkatan harga bahan mentah," katanya.

 

RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi sebanyak 71 sen sesaham.- DagangNews.com