AmanahRaya agih 800 pek bubur lambuk kepada warga kota | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AmanahRaya agih 800 pek bubur lambuk kepada warga kota

Ahmad Feizal Sulaiman Khan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Mac - Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada pelanggan yang berkunjung ke ibu pejabat dan cawangannya di sini.

 

AmanahRaya memaklumkan, edaran turut diadakan secara konsep 'pandu lalu' kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

 

Katanya, sebanyak 800 set bubur lambuk dan air mineral diagihkan pada kali ini menerusi program Rezeki Ramadan yang merupakan inisiatif AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

 

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, program tersebut merupakan platform komunikasi antara pihaknya dengan masyarakat sekitar, selain daripada mengambil keberkatan sempena Ramadan yang mulia.

 

"Kami percaya ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dicontohi semua pihak bagi mendekati masyarakat selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu melahirkan masyarakat penyayang dan ambil peduli," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

 

amanahraya
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Amanah Raya, Jack Yap Ngee Heong turut membuat agihan bubur lambuk.

 

 

amanahraya
Pengurusan dan kakitangan AmanahRaya turut menjayakan program Rezeki Ramadan anjuran syarikat.

 

 

amanahraya
Pegawai-pegawai Kumpulan AmanahRaya mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Jalan Melaka dan Jalan Ampang di ibu kota.

 

 

Menurut kenyataan itu, program agihan tersebut yang bermula pada pukul 4 petang dan berakhir 5 petang turut dihadir barisan pengurusan bersama lebih 100 pegawai Kumpulan AmanahRaya. - DagangNews.com