Lebtech Berhad menang projek perumahan RM46.36 juta di Shah Alam
KUALA LUMPUR 2 Sept - Lebtech Berhad menerusi syarikat milik penuhnya, Lebtech Construction Sdn. Bhd. (LCSB), telah menerima Surat Tawaran (LOA) bernilai RM46.36 juta daripada Lebar Daun Development Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja pembinaan unit kediaman di Shah Alam, Selangor.






