Pemulihan sektor pembuatan Malaysia berdepan ujian kritikal tarif 19% AS dilaksanakan
KUALA LUMPUR 3 Sept - Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan, namun ketahanan peningkatan ini bakal berdepan ujian kritikal dalam beberapa bulan akan datang apabila tarif baharu Amerika Syarikat (AS) dijangka menjejaskan permintaan eksport.






