Pulau Pinang, Johor, Selangor, KL catat pertumbuhan eksport positif, dengan keseluruhan dagangan bernilai RM247.1 bilion pada Ogos - DOSM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pulau Pinang, Johor, Selangor, KL catat pertumbuhan eksport positif, dengan keseluruhan dagangan bernilai RM247.1 bilion pada Ogos - DOSM

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 26 Sept – Jumlah dagangan Malaysia bagi bulan Ogos 2025 mencatatkan RM247.1 bilion, dengan eksport berjumlah RM131.6 bilion dan import RM115.5 bilion, menurut Statistik Eksport-Import Mengikut Negeri yang diterbitkan hari ini.

 

Ketua Perangkaan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport pada Ogos 2025 meningkat RM2.5 bilion (+1.9%) berbanding tahun sebelumnya.

 

Peningkatan ini didorong terutamanya oleh penghantaran lebih tinggi dari Pulau Pinang (+RM5.9 bilion), Johor (+RM1.0 bilion), Sabah (+RM355.3 juta), W.P. Labuan (+RM80.7 juta), Melaka (+RM48.4 juta), Kelantan (+RM37.7 juta) dan Perlis (+RM5.9 juta).

 

Bagaimanapun, beberapa negeri mencatatkan penurunan eksport termasuk Kedah (-RM1.4 bilion), Sarawak (-RM1.1 bilion), Pahang (-RM553.8 juta), Terengganu (-RM411.9 juta), Perak (-RM405.5 juta), Negeri Sembilan (-RM339.5 juta), Selangor (-RM263.0 juta) dan W.P. Kuala Lumpur (-RM197.4 juta).

 

Pengeksport Utama

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 36.8%, diikuti oleh Johor (20.8%), Selangor (17.3%), Sarawak (6.2%), dan W.P. Kuala Lumpur (4.3%).

 

Bagi import pula, Malaysia mencatatkan penurunan RM7.3 bilion (-5.9%) berbanding Ogos 2024, terutamanya disebabkan penurunan import di Kedah (-RM4.9 bilion), Melaka (-RM1.3 bilion), Pahang (-RM1.0 bilion), Johor (-RM949.8 juta), Sabah (-RM862.5 juta), W.P. Kuala Lumpur (-RM859.2 juta), Negeri Sembilan (-RM418.0 juta), Sarawak (-RM380.8 juta), Terengganu (-RM348.0 juta), Perlis (-RM78.8 juta), W.P. Labuan (-RM50.6 juta) dan Kelantan (-RM6.1 juta).

 

Import meningkat di Pulau Pinang (+RM3.2 bilion), Perak (+RM125.5 juta), dan Selangor (+RM0.1 juta). Selangor kekal sebagai pengimport utama dengan 27.2%, diikuti oleh Pulau Pinang (25.1%), Johor (22.1%), W.P. Kuala Lumpur (7.6%), dan Kedah (4.7%).

 

Statistik ini menunjukkan bahawa pertumbuhan eksport Malaysia terus tertumpu di pusat perindustrian utama, terutamanya Pulau Pinang, Johor, Sabah, Labuan, Melaka, Kelantan dan Perlis, manakala aktiviti import melemah di kebanyakan negeri, mencerminkan persekitaran dagangan yang berhati-hati tetapi masih kukuh. - DagangNews.com