Kenapa urusan harta pusaka semakin membebankan? Kenapa tidak dipermudahkan?
Soalan ini ditanyakan kepada saya baru-baru ini. Hujahnya ialah dengan adanya teknologi, semua waris boleh membuat sendiri urusan pusaka tanpa perlu menggunakan perkhidmatan profesional pihak ketiga seperti syarikat amanah atau peguam yang mengenakan fi perkhidmatan yang tinggi.






