Minggu ini agak sentimental sedikit bagi saya kerana saya telah cukup umur untuk mengeluarkan keseluruhan wang KWSP. Syukur Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk sampai ke detik ini — dalam keadaan ramai rakan sebaya tidak mendapat nikmat yang sama.
Alhamdulillah, saya telah direzekikan selama 21 tahun membina Wasiyyah. Bermula daripada sebuah laptop, saya meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan kini berlari dalam perniagaan (dan kehidupan seharian saya juga). Satu perjalanan yang tidak mudah dan penuh dengan segala ranjau dan duri.
Artikel saya pada minggu ini ialah satu bentuk tribute kepada seorang insan yang paling instrumental membawa saya ke dalam industri perancangan harta secara Syariah.