PMCK sasar kumpul dana hampir RM60 juta daripada IPO Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 26 Mei — Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, PMCK Berhad menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM59.97 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai ini.






