Rexit terima lanjutan kontrak MySalam daripada Great Eastern Takaful
KUALA LUMPUR 17 April — Penyedia perisian-sebagai-perkhidmatan (SaaS), Rexit Berhad menerima lanjutan kontrak daripada Great Eastern Takaful Berhad untuk terus menyediakan perkhidmatan penyumberan luar teknologi komunikasi maklumat (ICT) bagi skim MySalam.






