Ekuiti persendirian ASEAN berdepan ketidaktentuan selepas lonjakan ketara pada 2024 - Bain & Company | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ekuiti persendirian ASEAN berdepan ketidaktentuan selepas lonjakan ketara pada 2024 - Bain & Company

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 15 April — Pelabur pasaran ekuiti persendirian (PE) di seluruh rantau Asia Tenggara perlu bersiap sedia untuk menghadapi lebih banyak situasi ketidaktentuan urus niaga pada masa depan, kata Bain & Company.


Firma penyelidikan itu berkata, ia dijangka berlaku selepas lonjakan ketara pada 2024 berbanding 2023 dengan nilai transaksi naik 60 peratus kepada AS$16 bilion (RM70.63 bilion) sejajar kebanyakan pasaran Asia-Pasifik. 


Pemulihan secara mendadak nilai urus niaga PE pada 2024 diterajui Singapura dan Indonesia, dengan pelaburan besar direkodkan dalam aset infrastruktur digital yang turut membantu menyokong pertumbuhan semasa.


"Walaupun nilai meningkat, kiraan pula menurun sedikit, mencerminkan geseran berterusan dalam pasaran urus niaga di rantau ASEAN," menurut laporan PE Asia Tenggara Bain & Company yang diterbitkan hari ini.


Kemunculan semula yang ketara dengan peningkatan 30 peratus dapat dilihat dalam nilai keluar, terutama didorong oleh tawaran di Singapura dan Malaysia tetapi portfolio yang semakin matang terus menyumbang secara berterusan.


Begitu juga pasaran modal daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan pengumpulan dana kekal mencabar tetapi strategi pelabur Asia-Pasifik pada 2024, mencerminkan peralihan ke arah permainan serantau yang lebih luas.


"Tinjauan kami menunjukkan bahawa pelabur ASEAN mengambil berat isu kesukaran keluar, cabaran pengumpulan dana dan aliran urus niaga yang berkualiti," kata Ketua Amalan PE Asia Tenggara Bain & Company, Usman Akhtar.


Tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump pada 1 April 2025 sebelum ditunda selama 90 hari katanya, menambah satu lagi kerumitan untuk membuat urus niaga di ASEAN.


Sebagai permulaan, firma penyelidikan global tersebut sudah mula melihat pelanggan mereka secara proaktif dengan menilai kesan daripada tarif pertama dan kedua itu ke atas portfolio pelabur di rantau ini.


Dari segi sektor katanya, ruang infrastruktur digital terutama pusat data dan menara telekomunikasi, muncul sebagai segmen berprestasi tinggi, yang memperoleh semula paras tertinggi pada 2022 ekoran permintaan besar.


Perkhidmatan kewangan, turut menarik perhatian pelabur yang meningkat, berkembang lebih pantas di ASEAN berbanding merentas luas Asia-Pasifik dan menjadi bukti trend penerimaan digital secara kukuh di rantau ini.


Nilai urus niaga tenaga dan sumber asli juga direkodkan Bain & Company, sebagai berjaya melonjak dengan baik sepanjang 2024, yang diterajui oleh aktiviti penting dalam segmen utiliti dan boleh diperbaharui.


Laporan firma itu juga menyatakan, pendidikan swasta masih kurang dibangunkan di ASEAN dan dianggap sebagai segmen baharu muncul, dengan struktur yang menunjuk ke arah pertumbuhan sebagai cuba dipercepatkan.


"Memandangkan anjakan geopolitik dan ketidaktentuan eksport terus membentuk iklim pelaburan global, pasaran PE di ASEAN dijangka menumpukan pada membina portfolio sedia keluar," laporan firma berkenaan.


Perkembangan itu bakal menggandakan penciptaan nilai dan mengekalkan ketangkasan tetapi persaingan sengit akan mengakibatkan keperluan yang semakin meningkat untuk pelaburan yang lebih jelas. - DagangNews.com