Nur Atisya Mohd Yunus muncul sebagai pemegang saham terbesar OMESTI Berhad dengan 22.57%
KUALA LUMPUR 6 Feb - OMESTI Berhad mengumumkan perubahan ketara dalam struktur pemegang sahamnya susulan kemunculan Nur Atisya Mohd Yunus, 38, sebagai pemegang saham terbesar syarikat itu iaitu 524.18 juta saham atau 22.57 peratus kepentingan ekuiti.






