Kontrak JKR RM168 juta naik taraf jalan persekutuan Kelantan-Terengganu, naikkan buku pesanan Citaglobal kepada RM1.3 bilion
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Syarikat kejuruteraan Citaglobal Bhd memperoleh kontrak bernilai RM168.88 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menaik taraf laluan sejauh 7.25 kilometer di Lebuhraya Persekutuan 3 (FT3) yang menghubungkan Kota Bharu–Kuala Terengganu.





