Media Prima menerusi REV Media ambil alih sepenuhnya Vocket, kuasai pasaran media Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR 13 Nov - REV Media Group Sdn Bhd, anak syarikat media digital milik penuh Media Prima Bhd, telah melengkapkan pengambilalihan penuh terhadap The Vocket Sdn Bhd, sekali gus membawa platform gaya hidup dan budaya berbahasa Melayu itu sepenuhnya di bawah kumpulannya.






