Pelaburan deravatif juga satu pilihan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 10 February 2021

Pelaburan Derivatif Juga Satu Pilihan

 

 

KINI keadaan ekonomi di Malaysia dalam proses pemulihan. Menerusi Pakej Pelindungan Ekonomi Rakyat Malaysia (PERMAI) yang memperuntukkan RM15 billion melalui 22 Inisiatif dengan 3 teras adalah bertujuan untuk mengimbagi faktor kesihatan dan ekonomi di Malaysia.

 

Demi meneruskan kelangsungan hidup, semua golongan masyarakat cuba untuk mencari sumber pendapatan alternatif. Bagi yang menjadikan pelaburan sebagai sumber pendapatan alternatif mereka pasti mencari-cari apakah jenis pelaburan yang boleh dijadikan pelaburan yang baik dan meraih pulangan daripada pelaburan yang dibuat.

 

Bagi pelabur yang mengambil risiko yang rendah, sebelum ini ASB paling diminati terutama golongan bumiputera. Bagi pelabur yang berani mengambil risiko, pelaburan yang “volatile” akan menjadi pilihan dengan konsep “high risk, high return

 

Namun begitu, jika terma kata pelaburan disebut, pastinya apa yang selalu dikaitkan dengan pelaburan adalah saham. Saham adalah produk dalam kumpulan ekuiti dan saham juga merupakan pelaburan yang popular di Malaysia.

 

Menurut Mohd Asri Ahmad, Pengasas Asri Ahmad Academy, saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti. Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut.

 

volatiliti

 

Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Tapi dalam masa yang sama, pelaburan seperti Bon, REIT, ETF dan waran juga dikategorikan sebagai pelaburan ekuiti.

 

Selain pelaburan dalam kumpulan ekuiti, ada juga pelaburan yang dikenali sebagi derivatif. Bursa Malaysia mendefinisikan derivatif sebagai instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang itu kepada kemeruapan pasaran pada masa ini.

 

Nilai produk derivatif bergantung kepada dan diperoleh daripada instrumen pendasar, seperti komoditi, kadar faedah, indeks dan saham. Dalam erti kata lain,derivatif ialah kontrak kewangan dengan nilai yang dikaitkan dengan pergerakan harga hadapan yang dijangka dengan aset asas dikaitkan.

 

la digunakan sebagal alat untuk melindung nilai, membuat spekulasi dan arbitraj. Hadapan dan pilihan ialah produk derivatif asas yang kebanyakannya didagangkan di bursa.

 

Suatu kontrak hadapan ialah perjanjian antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini.

 

Pilihan pula memberikan pemegang/pembeli dengan hak, tetapi tidak tanggungjawab, untuk membeli dan menjual sejumlah kuantiti instrumen pendasar pada harga ditetapkan pada masa tertentu dengan membayar premium.

 

Secara ringkasnya, bagi pelabur yang ingin menceburi pelaburan derivatif, terdapat dua kategori produk derivatif yang ditawarkan untuk didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) iaitu Kontrak Niaga Hadapan (Futures Contract) dan Kontrak Opsyen (Options Contract).

 

  1. Kontrak niaga hadapan atau Futures ialah perjanjian antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa tertentu atau pada masa hadapan dengan harga tertentu yang ditetapkan pada hari ini. Terdapat banyak pilihan kontrak niaga hadapan atau futures produk bagi pelabur yang ingin menceburi pelaburan dalam produk derivatif ini. Kesemua kontrak niaga hadapan yang didagangkan di BMD.
v
  1. Kontrak Opsyen atau Options pula memberikan pemegang/pembeli dengan hak, untuk membeli dan menjual sejumlah kuantiti instrumen pendasar pada harga ditetapkan pada masa tertentu dengan membayar premium. Di bawah adalah jenis-jenis kontrak opsyen yang di dagangkan di BMD yang boleh menjadi alternatif kepada pelabur.
volatiliti

Kesemua produk derivatif di Malaysia dikawal selia dan didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Berhad iaitu anak syarikat kepada Bursa Malaysia Berhad (BMD).

 

Bagi menguruskan pasaran derivative, Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad  yang bertindak sebagai  “Clearing House”, sebuah anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD), ialah Rumah Penjelasan yang diluluskan oleh pasaran derivatif Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan. 

 

Clearing House menjelaskan dan menyelesaikan kontrak derivatif melalui Sistem Penjelasan dan Penyelesaian Derivatif (DCS). Sistem DCS ialah sistem yang digunakan oleh tujuan tunggal bagi menyokong penjelasan dan penyelesaian derivatif dan fungsi pengurusan risiko. Clearing House juga bertindak sebagai :

 

  1. Menghantar maklumat penjelasan kepada Peserta Penjelasan, Bursa Derivatif dan Suruhanjaya Sekuriti.
  2. Mewartakan Peserta Penjelasan untuk menghantar arahan penjelasan kepada Rumah Penjelasan (Clearing House).

 

Bagi pelabur baru yang ingin menceburi pelaburan derivative, terdapat dua kaedah pasaran derivatif di dagangkan iaitu melalui Over the Counter Derivative (OTC) dan Exchange Traded Derivatives (ETD).

 

  1. OTC adalah kontrak yang mana derivative di perdagangkan (dengan rundingan persendirian) secara langsung antara pihak  yang terlibat tanpa melalui ejen tukaran atau mana-mana perantara.

 

  1. ETD adalah kontrak yang mana derivative di perdagangkan melalui ejen tukaran khas derivatif atau perantara. Ejen tukaran kha sini boleh bertindak sebagai perantara bagi kesemua urus niaga berkaitan.

 

volatiliti

 

Bagi pelaburan derivatif sering dibincangkan adakah pelaburan ini halal atau pun haram? Ini kerana kontrak derivatif sering dikaitkan dengan isu gharar dan sesetengah sarjana menolak kontrak ini kerana wujudnya elemen gharar.

 

Isu-isu gharar yang akan dibincangkan dalam kontrak derivatif ialah apabila barangan tiada ketika kontrak dilakukan (bay’ ma‘dum) serta berlaku penangguhan penyerahan barangan dan pembayaran (ta’jil badalayn). 

 

Namun begitu pelabur yang ingin menceburi pelaburan derivatif perlu tahu jenis pelaburan derivatif yang mana yang patuh syariah bagi pelabur muslim. Semua maklumat mengenai pelaburan derivatif patuh syariah ini boleh dirujuk dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS)  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  

 

Sebagai contoh pelaburan derivatif yang diputuskan MPS sebagai salah satu produk patuh syariah ialah kontrak niaga hadapan komoditi merujuk kepada perjanjian untuk membeli atau menjual sejumlah komoditi yang telah ditetapkan pada harga tertentu dan tarikh tertentu pada masa hadapan.

 

Di Malaysia, antara kontrak niaga hadapan komoditi yang diniagakan di pasaran ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (Crude Palm Oil Futures atau FCPO) dan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Isi Rong Mentah (Crude Palm Kernel Oil Futures atau FPKO). - DagangNews.com

 

 

SYAMSYUL SAMSUDIN adalah pensyarah kanan dan pelabur tegar di Bursa Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menganalisis kewangan syarikat dan juga banyak menulis di akhbar-akhbar utama di Malaysia berkaitan pelaburan, kewangan dan ekonomi. Kini merupakan kolumnis DagangNews.com menerusi ruangan VOLATILITI setiap Rabu.

 

 

KOLEKSI VOLATILITI

Masih Ada Saham Yang Menguntungkan Dalam Ketidakstabilan Ekonomi

Kestabilan Monetari Bagi mengukuhkan Ringgit

PERMAI: suntikan fiskal bantu rakyat, rancakkan ekonomi

5 Strategi utama pulihkan negara pada 2021

Masihkah relevan January Effect ke atas pasaran saham

Menyusun semula ekuiti bumiputera dalam pelaburan institusi

Selamat tinggal kemeruapan dan ketidakpastian pasaran saham 2020

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags