Bank Rakyat tawar pulangan tunai 5% pembelian petrol
KUALA LUMPUR 19 Jan - Bank Rakyat menawarkan pulangan tunai sebanyak 5% menerusi kempen 'Petrol Khamis!' bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad-Kredit-i Bank Rakyat bagi setiap transaksi pembelian petrol, termasuk barangan lain di semua stesen minyak di seluruh negara.










