KUALA LUMPUR 20 Jan - Zurich Malaysia hari ini menyampaikan sumbangan berupa 17 peralatan perubatan bernilai RM281,525 kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk membantu meningkatkan keupayaan hospital dalam menyediakan rawatan perubatan yang lebih baik.
KUALA LUMPUR 20 Jan - Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75%.
KUALA LUMPUR 20 Jan - OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan besar tidak akan melaksanakan sebarang penurunan kadar faedah pada 2022 berikutan persekitaran unjuran pemulihan ekonomi yang bertambah baik.
KUALA LUMPUR 20 Jan - Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman ahli-ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan akan memastikan perkhidmatan dan operasi hariannya tetap berjalan lancar seperti biasa.
KUALA LUMPUR 20 Jan - PRG Holdings Berhad (PRG) berharap sektor hartanah akan pulih selain bergantung kepada dorongan global untuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam menjana prestasi pemulihan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
KUALA LUMPUR 20 Jan - I-City bekerjasama dengan Huawei Enterprise Malaysia untuk menjenamakan semula bandar pintar generasi akan datang di bandar teknologi pertama di negara ini yang dibangunkan oleh I-Bhd.
KUALA LUMPUR 20 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah RM125.504 juta berjaya disalurkan kepada negeri-negeri yang terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah sehingga semalam.