| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

GLC perlu capai 30% penyertaan wanita sebagai ahli lembaga pengarah pada 2023 - PM

KUALA LUMPUR 11 Mac -  Setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tersenarai hendaklah mencapai tahap penyertaan wanita sekurang-kurangnya 30% sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MOSTI lancar Geran Cradle CIP Spark, CIP Sprint

JOHOR BAHRU 11 Mac – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba melancarkan MYStartup Roadshow dan Geran Pembiayaan Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) iaitu CIP SPARK dan CIP SPRINT. 

 

Kos bahan binaan untuk semua kategori bangunan didapati meningkat

PUTRAJAYA 11 Mac - Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.3 dan 1.5% untuk hampir semua kategori bangunan pada Februari 2022 berbanding pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

GLC, GLIC mainkan peranan penting percepatkan pemulihan ekonomi negara pasa COVID-19 - Zafrul

KUALA LUMPUR 11 Mac - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) memainkan peranan penting dalam usaha mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19.

 

PM umum gaji minimum pekerja GLC, GLIC RM1,500 sebulan

KUALA LUMPUR 11 Mac -  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. 

 

3 pelajar UMS terpilih untuk sertai Program Erasmus+ di Cankiri Karatekin University, Turki

KOTA KINABALU 11 Mac - Seramai tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpilih menyertai Program Erasmus+ di Cankiri Karatekin University, Turki bermula pada 7 Mac hingga 8 Julai 2022. 

 

FGV sasar raih RM10 juta menerusi produk Weed Solut-ioN 

KUALA LUMPUR 11 Mac – FGV Holdings Bhd. menjangkakan jualan sejuta liter Weed Solut-ioN setahun pada masa hadapan, dengan anggaran pendapatan RM10 juta.

 

FGV tidak lantik mana-mana agensi untuk ambil pekerja ladang

KUALA LUMPUR 11 Mac - FGV Holdings Bhd. tidak melantik mana-mana agensi pekerjaan atau syarikat di India atau di mana-mana negara untuk mengambil pekerja ladang. 

 

Penempatan 4,828 guru 'one-off' akan diumum pada 18 Mac 2022

KUALA LUMPUR 11 Mac -  Penempatan seramai 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac 2022.

 

Pappajack sasar kumpul RM50.1 juta menerusi IPO untuk buka cawangan kedai pajak gadai baharu

KUALA LUMPUR 11 Mac - Operator pajak gadai, Pappajack Berhad menyasarkan untuk mengumpul modal sebanyak RM50.1 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menerusi penyenaraian di ACE Market bermula hari ini bagi tujuan pengembangan cawangan kedai pajak gadai di seluruh Semenanjun

Subscribe to