Program GLOW Aspirasi MDEC bantu pekerja bebas digital lebih berdaya saing di peringkat global
KUALA LUMPUR 27 Julai - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini mengumumkan program Global Online Workforce Aspirasi (GLOW Aspirasi), iaitu sebuah program untuk membantu rakyat Malaysia menjadi pekerja bebas digital yang lebih berdaya saing di peringkat global.










