Koo Tee Yam tambah lagi ekuiti dalam Caely, kini 19.12%
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ahli perniagaan Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam telah meningkatkan pegangan sahamnya dalam Caely Holdings Bhd kepada 19.12%, merapatkan jurang dengan pemegang saham terbesar kumpulan itu Datuk Seri Goh Choon Kim, yang memegang 21.05% kepentingan.











