Sime Darby Plantation catat untung bersih RM812 juta pada suku kedua, isytihar 10 sen dividen
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sime Darby Plantation Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM812 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 dengan pendapatan berjumlah RM5.59 bilion, masing-masing meningkat 32% dan 27% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.










