KUALA LUMPUR 18 Okt - Barisan Nasional (BN) sedia berbincang dengan parti lain, termasuk PAS jika tiada parti yang dapat membentuk kerajaan, selepas Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
KUALA LUMPUR 18 Okt - AmInvestment Bank mengekalkan saranan 'beli' terhadap Ancom Nylex Bhd. dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.30 sesaham setelah kumpulan merekodkan hasil tahun ke tahun yang lebih kukuh.
KUALA LUMPUR 18 Okt - LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan nilai jualan RM1.604 bilion dengan sejumlah 3,886 unit dijual, sekali gus mencapai sasaran jualan tahun kewangan 2022 sebelum tamat suku tahun terakhir.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Sebarang hutang berkaitan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka baru-baru ini perlu dijelaskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Dasar dan strategi percukaian mesti memainkan peranan dalam menggalakkan syarikat atau perbadanan untuk menerima dan melaksanakan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
KUALA LUMPUR 18 Okt - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan pembangkang perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM95 bilion dalam Bajet 2023 hanya untuk taikun dan kumpulan konglomerat.
CYBERJAYA 18 Okt - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalankan kuasa perogatif mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, secara bijaksana menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan dalam tempoh terdekat
PUTRAJAYA 18 Okt - Malaysia, sebagai ahli OPEC+ mematuhi keputusan Mesyuarat Menteri OPEC dan Bukan OPEC untuk memotong pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari dengan berkuat kuasa dari November 2022.
KUALA LUMPUR 18 Okt - RHB Investment Bank menaikkan harga sasaran SKP Resources Bhd. kepada RM1.95 daripada RM2.22 sesaham dengan mengekalkan saranan 'beli' terhadap syarikat pengeluar acuan perindustrian itu.
KUALA LUMPUR 18 Okt - Kerajaan memberi jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.