KUALA LUMPUR 20 April - Citaglobal Bhd akan memegang 60% kepentingan dalam Citaglobal Reneuco ECRL Energy Solution Sdn Bhd, sebuah konsortium yang ditubuhkan untuk membida projek pengeluar tenaga bebas (IPP) Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
IPOH 20 April - Syarikat farmaseutikal tempatan, Hovid Bhd merancang untuk mengembangkan kilang farmaseutikal cecair baharunya dengan nilai pelaburan kira-kira RM100 juta.
KUALA LUMPUR 20 April - MYAirline menasihatkan semua penumpang yang dihargai untuk tiba awal di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan bebas sebarang kesulitan.
KUALA LUMPUR 20 April - Dayang Enterprise Holdings Berhad (DESB) optimis namun kekal berhati-hati terhadap prospek bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23) akan menjadi baik dengan peningkatan aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
KUALA LUMPUR 20 April - MISC Berhad (MISC) telah memeterai kemudahan pinjaman bersindiket AS$527 juta (RM2.34 bilion) untuk membiayai enam pembawa etana sangat besar (VLEC).