| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tan Sri Halim Saad saman Dr Mahathir dan Nor Mohamed Yakcop bagi menuntut pampasan kerugian Renong, UEM

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Tokoh korporat, Tan Sri Halim Saad memfailkan saman sivil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, untuk menuntut pampasan kerugian kewangan yang dialaminya berhubung pengambilalihan kerajaan terh

Saham Handal Energy meningkat ke paras tertinggi selepas Deepetro Offshore muncul pemegang saham utama syarikat itu

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Saham Handal Energy Berhad meningkat kepada paras tertinggi selepas hampir tiga tahun pada hari ini selepas Deepetro Offshore Brokers Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu.

 

Divfex raih kontrak RM3.84 juta daripada TM Technology bagi tempoh setahun

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Divfex Berhad telah menerima kontrak bernilai RM3.84 juta daripada TM Technology Services Sdn Bhd bagi tempoh setahun.

 

Maybank anugerahkan biasiswa kepada lima pelajar universiti sempena Hari ASEAN ke-56

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Sekretariat ASEAN dan Yayasan Maybank, di bawah Kumpulan Maybank, menganugerahkan Biasiswa ASEAN-Maybank (AMS) kepada lima pelajar ASEAN sempena sambutan Hari ASEAN ke-56 di Jakarta, Indonesia. 

 

ACCCIM : Akta Pengambilan Tanah sepatutnya meliputi pampasan bagi pemilik hartanah berhampiran projek infrastruktur awam

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) menggesa peluasan kuasa Akta Pengambilan Tanah untuk memasukkan pampasan kepada pemilik hartanah yang nilai hartanahnya terjejas secara negatif oleh projek infrastruktur awam bersebelahan.

Kerajaan setuju tidak teruskan cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu, bimbang jejas ekosistem - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Kerajaan bersetuju untuk tidak meneruskan cadangan pembagunan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman yang baharu kerana pembinaannya dikhuatiri menjejaskan ekosistem yang terdapat di pulau itu.

 

India intai peluang kerjasama dengan Malaysia menerusi rangka kerja Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR 9 Ogos - India mengintai peluang ekonomi yang akan muncul dengan rangka kerja Ekonomi Madani, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy.

 

Yinson dijangka ambil pinjaman baharu biayai FPSO Agogo, kata CGS-CIMB Research

KUALA LUMPUR 9 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan Yinson Holdings Berhad akan mengambil pinjaman baharu bagi membiayai sebahagian ekuiti kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Agogo dengan jumlah perbelanjaan modal (capex) sebanyak AS$1.8 bilion.

DOSM: Sektor perkhidmatan catat pertumbuhan 6.9% kepada RM568.3 bilion pada suku kedua 2023 

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.9% tahun ke tahun pada suku kedua 2023 untuk merekodkan sebanyak RM568.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Subscribe to