MPOB lulus RM983,000 pinjaman input pertanian pekebun sawit setakat Ogos 2023 - Fadillah
KUALA LUMPUR 31 Okt - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah meluluskan sejumlah RM983,000 bagi membiayai pinjaman input pertanian seperti baja, racun dan benih dengan nilai maksimum RM16,250 kepada seramai 117 pekebun kecil sawit persendirian sehingga Ogos 2023.










