MANJUNG23Jan - Seramai 30 penjaja diberi tapak berniaga menerusi program myKIOSK Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan.
KUALA LUMPUR 23 Jan - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Berhad, Datuk Voon Tin Yow dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) berkuat kuasa 2 Februari ini.
KUALA LUMPUR 23 Jan - Ni Hsin Group Berhad menerusi Ni Hsin EV Mobility Sdn. Bhd. memeterai perjanjian pengedaran induk bersama MYUS Autotech Sdn. Bhd. bagi mempromosi dan memasarkan motosikal Ebixon di Perlis dan Langkawi.
KUALA LUMPUR 23 Jan - LBS Bina Group Berhad telah menerbitkan sukuk wakalah kelestarian pertama bernilai RM200 juta di bawah program sukuk wakalah RM750 juta.
KUALA LUMPUR 23 Jan - Pasaran hartanah Malaysia tahun ini dijangka stabil walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi dengan beberapa kawasan berada pada kedudukan terbaik untuk pertumbuhan yang lebih baik.
KUALA LUMPUR 23 Jan - Pakej data khusus kepada penunggang dan pemandu p-hailing dilancarkan hari ini pada harga serendah RM33 bersama kuota data yang besar bermula dari 40GB.
KUALA LUMPUR 23 Jan - Unitrade Industries Bhd menerusi anak syarikatnya Syarikat Logam Unitrade Sdn Bhd bekerjasama dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan JJ-LAPP (M) Sdn Bhd untuk memacu penggunaan tenaga solar.
BANGI 23 Jan - Kerajaan menawarkan sebanyak RM100 juta menerusi Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 kepada pengusaha sawit khususnya pekebun kecil di Malaysia.