| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MPOB komersialkan lebih 200 teknologi termasuk AI dan dron ubah corak operasi di ladang sawit

KUALA LUMPUR 12 Mei – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengkomersialkan lebih 200 teknologi melibatkan pelbagai inovasi dalam sektor sawit dan agri-komoditi negara setakat ini yang menyumbang kepada kelestarian serta kemajuan industri berkenaan.

 

ATM kembali ‘berbelanja’, dana perolehan dibuka semula selepas isu ketirisan ditangani - Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengesahkan dana perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lagi dibekukan, susulan langkah penstrukturan yang dilaksanakan bagi memastikan tiada isu ketirisan atau kebocoran dana berlaku.

 

Kelantan mahu jadikan Melawi sebagai Zon Harum Manis Klate tanam 3,000 pokok setakat ini

KUALA LUMPUR 12 Mei – Kerajaan Negeri Kelantan sedang mempergiat usaha untuk menjadikan kawasan Melawi di Mukim Kuala Rekang sebagai “Zon Harum Manis Klate” yang akan berfungsi sebagai hab pengeluaran utama buah tersebut dalam usaha memperkukuh sektor agromakanan berasaskan tanam

Kadar pengangguran 2026 dijangka kekal 3.0%, didorong pengukuhan sektor domestik - MBSB Research

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kadar pengangguran negara bagi tahun 2026 dijangka kekal stabil pada paras 3.0%, sama seperti purata tahun 2025, disokong oleh pertumbuhan pekerjaan yang konsisten serta pengembangan sektor perkhidmatan berorientasikan domestik, menurut MBSB Research

TNB belanja lebih RM60 juta terus perkasakan hoki negara, meterai tajaan baharu MHC hingga 2030

KUALA LUMPUR 12 MeiTenaga Nasional Berhad (TNB) mengukuhkan peranan dalam pembangunan hoki negara apabila terus menyambung kontrak penajaan baharu bersama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

KTC bangunkan taman perindustrian RM150 juta di Sabah, sasar pendapatan RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun

KUALA LUMPUR 12 Mei – Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) memulakan pelan pembangunan jangka panjang bagi Taman Perindustrian KTC bernilai RM150 juta yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah.

 

Pemegang saham kekalkan Mohammad Suhaimi Mohd Yasin sebagai Pengerusi Malaysia Marine & Heavy Engineering

KUALA LUMPUR 12 Mei — Majoriti pemegang saham Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) bersetuju terus mengekalkan Mohammad Suhaimi Mohd Yasin sebagai Pengerusi.

Meta Bright meterai perjanjian dengan TNB bagi projek solar 43.66 kWp di Indera Mahkota

KUALA LUMPUR 12 Mei – Meta Bright Group Berhad (MBGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, FBO Land (Setapak) Sdn Bhd memeterai perjanjian bersama Tenaga Nasional Berhad dan Surau Perumahan PASDEC II Indera Mahkota bagi pelaksanaan sistem solar fotovoltaik (PV) di premis berkena

Untung bersih Tex Cycle naik 34% kepada RM22 juta bagi FY25 dipacu pengambilalihan Meridian World

KUALA LUMPUR 12 MeiTex Cycle Technology (M) Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 34% kepada RM21.9 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025 (FY25). 

Subscribe to