| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih 1QFY24 Cape EMS melonjak 58% kepada RM13.4 juta didorong perkembangan segmen pembuatan elektronik bersepadu

KUALA LUMPUR 21 Mei - Untung bersih Cape EMS Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) meningkat 58% kepada RM13.41 juta berbanding RM8.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya disokong oleh prestasi yang lebih baik daripada segmen pembuatan elektronik bersepadu (EMS).

Untung sebelum cukai dan zakat Bank Islam turun 13.7% pada 1QFY24 berbanding suku sebelumnya

KUALA LUMPUR 21 Mei - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mencatatkan penurunan 13.7% untung sebelum cukai dan zakat (PBZT) sebanyak RM27.9 juta kepada RM176.2 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24), berbanding suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2023

Permintaan elektrik Semenanjung Malaysia, Sabah berkembang 3.8% pada 2023, kata Pengerusi TNB

KUALA LUMPUR 21 Mei - Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata permintaan elektrik berkembang sebanyak 3.8% di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun lalu, berbanding 6.1% tahun sebelumnya.

 

Untung bersih Petronas Dagangan suku pertama 2024 susut 25% kepada RM226.04 juta

KUALA LUMPUR 21 Mei - Petronas Dagangan Berhad mencatatkan untung bersih RM226.04 juta dalam suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24), 25.1% lebih rendah berbanding suku sama setahun sebelumnya.

 

Untung bersih 1QFY24 Affin Bank susut kepada RM110.2 juta kesan margin faedah bersih lebih rendah

KUALA LUMPUR 21 Mei - Untung bersih Affin Bank Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24) susut 26% kepada RM110.21 juta berbanding RM148.98 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya disebabkan margin faedah bersih yang lebih rendah.

 

Advancecon raih kontrak infrastruktur utama bernilai RM25.4 juta daripada Sime Darby Property di Shah Alam

KUALA LUMPUR 21 Mei - Advancecon Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM25.4 juta daripada Sime Darby Property Bhd bagi menjalankan kerja-kerja infrastruktur utama untuk Tiara Residences di Seksyen 8, Shah Alam.

 

Hartalega keluar daripada kerugian, raih untung bersih RM15.12 juta pada 4QFY24

KUALA LUMPUR 21 Mei - Hartalega Holdings Berhad mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.12 juta  pada suku keempat tahun kewangan 2024 (4QFY24), berbanding kerugian bersih sebanyak RM319.85 juta pada suku yang sama pada tahun 2023.

 

Subscribe to