KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92% kepada 1.69 juta tan pada bulan Julai 2024 berbanding 1.21 juta tan pada bulan Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
KUALA LUMPUR 12 Ogos - MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada 4.2% tahun ini didorong aktiviti pengeluaran yang semakin kukuh pada suku kedua 2024.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Proton membuka pusat alat ganti serantau (RPC) baharu di Kota Kinabalu, Sabah bagi mengurangkan masa penghantaran serta meningkatkan bekalan alat ganti dalam memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang di Malaysia Timur.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Anak syarikat MMAG Holdings Berhad, MJets Air Sdn Bhd memeterai perjanjian perkongsian trafik penerbangan dengan All Nippon Airways Co., Ltd. (ANA) untuk mewujudkan perkongsian strategik baharu antara kedua-dua pihak.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Zurich General Insurance Malaysia Bhd (ZGIMB) melancarkan dua pelan insurans motosikal baharu, Z-Rider (EW) dan Z-Rider (Plus) yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan ketenangan fikiran kepada penunggang motosikal di Malaysia.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - UOB Kay Hian Research meramalkan Gas Malaysia Bhd merekodkan untung bersih hampir RM100 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) disokong permintaan gas asli dan keuntungan terkawal lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pekat Group Bhd menerusi Pekat E & LP Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM21.8 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pemasangan sistem pembumian dan pelindung kilat bagi pusat data di Rawang, Selangor.
KUALA LUMPUR 12 Ogos - U Mobile dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong pelan stategik rangkaian 5G syarikat telekomunikasi itu.