KUALA LUMPUR 7 Nov - Haily Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM89.9 juta daripada Mah Sing Group Bhd untuk membina rumah teres bagi projek perumahan di Taman Tiara Indah di Johor Bharu, yang meningkatkan nilai pesanan tertunggaknya melepasi RM1 bilion.
KUALA LUMPUR 7 Nov - Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) sedang memperoleh empat bidang tanah seluas 7.34 hektar di Bintulu, Sarawak, daripada Wong Kwong Hie Enterprise Sdn Bhd dan James Wong Hee Beng dengan harga RM18.41 juta.
KUALA LUMPUR 7 Nov - Pelaksanaan gaji minimun dan caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing pada tahun hadapan diunjur meningkatkan kos Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) kepada RM5.7 juta.
KUALA LUMPUR 7 Nov - BMI, unit penyelidikan Fitch Solutions menjangkakan syarikat telekomunikasi bakal menghadapi cabaran semasa pembinaan dua rangkaian 5G, menekankan komitmen pelaburan akan menjadi penting untuk membangunkan rangkaian kedua negara.
KUALA LUMPUR 7 Nov - RHB Investment menjangkakan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua akan menjadikan Malaysia serta rantau Asia Tenggara lokasi terbaik untuk perdagangan global dan berkemungkinan menyaksikan peningkatan pelaburan langsung
KUALA LUMPUR 7 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan unjuran OPR sebanyak 3.00% pada tahun depan walaupun terdapat risiko penurunan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya AS dan kenaikan inflasi domestik.
KUALA LUMPUR 7 Nov - Peningkatan kos serta ketidakstabilan tukaran mata wang asing diramal memberi kesan kepada pendapatan Unisem (M) Bhd pada masa hadapan.