KUALA LUMPUR 10 Dis - Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 4.9% berbanding 5.2% pada tahun ini.
KUALA LUMPUR 10 Dis - JHM Consolidation Bhd menerima kontrak RM300 juta dalam tempoh lima tahun daripada Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) untuk membekalkan alat ganti kenderaan bagi beberapa model kenderaan keluaran syarikat itu.
KUALALUMPUR10Dis - Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengenakan denda lewat sebanyak RM62,333.35 sebulan kepada syarikat pembekal ekoran kegagalan memenuhi kontrak sewaan Sikorsky UH-60 Black Hawk.
KUALA LUMPUR 10 Dis - Syarikat utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang, MN Holdings Bhd menerusi Syarikat Mutu Nusantara Sdn Bhd menerima kontrak RM162.59 juta bagi pembinaan stesen suis utama bervoltan tinggi bagi projek pusat data di wilayah selatan.
KUALA LUMPUR 10 Dis - Anak syarikat milik penuh Kenanga Investors Bhd, Eq8 Capital Sdn Bhd, bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melancarkan Dana Dagangan Bursa (ETF) dengan ciri wakaf pertama di dunia.
KUALA LUMPUR 10 Dis - Seramai satu juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman sukarela berjumlah RM11.16 bilion setakat Oktober 2024, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR 10 Dis - Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 2.1 peratus daripada tahun sebelumnya pada Oktober, namun data terbaharu tersebut adalah di bawah jangkaan ahli ekonomi.