Ringgit kukuh, lebihan bekalan jejas margin pengeluar sarung tangan, kata BIMB Securities
KUALA LUMPUR 9 Dis – Pengeluar sarung tangan negara kini berdepan tekanan berganda apabila kejatuhan harga jualan akibat lebihan bekalan dan persaingan sengit turut diburukkan dengan pengukuhan nilai ringgit hampir 9% setakat tahun ini, menurut BIMB Securities.







