Berhati-hati terhadap emel palsu guna nama pemimpin negara - MCMC
CYBERJAYA 4 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.










